Sunday 27 February 2011

TEKAN UNTUK BICARA (PUSH TO TALK)

Sedikit informasi berkenaan PUSH TO TALK 

Tekan untuk bicara (PUSH TO TALK) adalah teknologi yang ada di dalam talipon bimbit beroperasi seumpama walkie-talkie dan berada didalam jaringan cellular. Komunikasi yang terjalin dua arah, terjadi pada waktu yang sesungguhnya, bersifat one-to-one (satu orang kepada satu orang) atau one-to many (satu orang pada banyak orang) komunikator.

Komunikasinya bersifat [[half-duplex]], seakan walkie talkie, seorang pengguna tidak dapat bercakap dan mendengar (mengirim atau menerima informasi) percakapan, apabila pihak yang bercakap sedang mengirim informasi atau bercakap. Ini bererti kedua belah pihak tidak dapat bercakap di waktu yang sama (yang satu bercakap dan yang lainnya mendengarkan). Maka dari itu, tekan untuk berbicara juga disebut radio dua arah karena beroperasi seperti radio walkie-talkie.

Struktur ini tidak seperti sistem [[full-duplex]] yang ada di dalam komunikasi cellular GSM, dimana kedua pembicara atau banyak pembicara dapat bercakap secara serentak.Isyarat suara percakapan pengguna dikirimkan sebagai paket data melalui jaringan GPRS (IP). Sehingga IP digunakan sebagai pengangkut data atau alat yang mengangkut komunikasi ini. Tetapisekarang ini sudah ada 3G dan 3,5G, maka pengiriman data boleh dilakukan lebih cepat dan efisien.

Friday 25 February 2011

nokia 6151

Nokia 6151


Memang susah untuk mendapatkan Nokia6151 ini di pasaran sekarang ini, kerana ianya tiada dalam dimana-mana kedai telepon di Malaysia. Kalau anda teringin mendapatkannya cubalah cari di mudah.my manalah tahu anda bernasib baik agaknya. secara kebetulannya saya pun dapat telepon ni pun kat sana juga.

Saya selalu ke Pulau Pinang bekerja di sana dan kebetulan juga ramai rakan-rakan PTT disana, diaorang punya handset memang gila gila semuanya kerana diorang memang otai dalam PTT ni. Saya bertanyakan kepada Doctor PTT disana hanphone apa yang paling kuat, dan dia memberitahu cubalah hang cari NOKIA6151 kalau ada. Saya pun teringat kat rakan PTT iaitu Mat Gombak kerana dia ada menyimpan telephone ni tapi tak guna katanya nak buat koleksi.

Puas saya memujuk Abg Mat untuk menjualnya kepada saya tapi tak dapat jugak. Kemungkinan Abg Mat kesihankan saya dan dia pun tolong saya cari kat mudah.my. Memang dah nasib badan katakan ada rakan PTT yang nak cuci tangan baru je nak jual nokia6151 nya kat sana. Abg Mat pun bagi contact number dihubungi, dan saya pun terus call dan dapat nokia6151 ni dengan harga RM250.

Memang puas hati menggunakan handphone ni kerana ianya laju dan tak perlu di modify lagi. kalau di modify tu tak tahulah saya macam lipas kudunglah agaknya. Nak modify pun sayang gila rasanya.

"BERSAMA MENGERATKAN SILATULRAHIM"

Auto-Q ke Auta-Q?

Assalamualaikum........

Sekarang ni ramai kawan-kawan bertanyakan tentang sistem Auto-Q dalam penggunaan PTT. Disini saya ingin perjelaskan tentang sistem Auto-Q kerana ramai dikalangan rakan-rakan PTT terkena dengan harga yang dikenakan oleh sesetengah individu yang sengaja mengambil kesempatan keatas orang lain. Termasuklah saya sendiri pernah juga terkena. ha... ha.. ha...
Auto-Q yang dimadsudkan ialah cara yang lebih mudah untuk bercakap di dalam chanel semasa waktu puncak.... ataupun boleh dikatakan untuk membuat ona... he..he.. Model telepon yang boleh di buat Auto-Q biasanya ialah 6070,5080,7360,6110 dan seangkatan dengannya.
Auto-Q telah lama digunakan oleh otai-otai PTT untuk melantak-lantak dalam SI, Parlimen, Orange Gurl dan sebagai nyalah.. Sistem ini hanya memerlukan satu hanfree yang telah di modify untuk digunakan sebagai penghidup Auto-Q selain butang auto di hp. Bila kita on kan PTT, hanfree dipam sehingga gambar telep0on diskrin hp tiada dan terus menolak butang auto di hp tersebut. dengan itu paparan di skrin hanya menunjukkan biru sentiasa..
Hp lain digunakan untuk mendengar kerana hp Auto-Q berkenaan tidak boleh didegar kerana ianya sentiasa biru.... bila ianya masuk kita pun tak tahu kecuali kita meletakkan h/free langau yang berlainan bunyi untuk mengetahuinya. Sebab itulah otai-otai ini mengunakan lebih daripada satu hp untuk sistem ini..
Jika anda tidak menggunakan sistem ini , usahlah anda nak menguji kekuatan hp anda di chanel perang seperti tadi , buat sakit tangan je...

HANDPHONE UNTUK DIJUAL

 JUALAN PAKEJ

Model : 6021
Software : Movistar version 4.9C
Authority certificate : 18
Handsfree dengan Button Pam & Reject
1 Button Pam kat Handphone
Termasuk 1 Bateri Smart Apple
Harga ditawar : RM350 

Berminat sila hubungi  saudara :

Ewan@1zero

Hp No. 013-6344396

Monday, November 16, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH 16HB NOVEMBER....

Al kisah tersebutlah sebuah cerita dongeng betul-betul tak tipu punya hei..hei..hei..hapuiii..hapuiii..hapuiiii maka diceritakan 2 rakan PTT selangoroje iaitu Pak Tam P***I dengan jejaka rebutan dipasaran gelap kawasan sebelah bangladesh mana entah..iaitu saudara 1zero@wan telah meraikan hari kelahiran mereka pada hari ini iaitu tanggal 16hb November 2009. Dengan itu rakan PTT yang sekongkol dengan sepakat ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada kedua-dua  rakan P***I ini moga murah rezeki dan panjang umur....hehehehe